Archive

Archive for the ‘perkemas 2011’ Category

Berakhirnya PERKEMAS 2011…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, maka program PERKEMAS 2011 telah berjaya dijalankan seperti yang telah dirancang. Dengan izin Allah jua, cuaca yang pada mulanya disangka akan hujan, telah menjadi sungguh baik, panas, terang dan sesuai untuk perjalanan program. Seramai 16 keluarga telah hadir dan menjayakan program perkhemahan tersebut.

Program perkhemahan di Park Foot bermula pada Sabtu, dengan keluarga masing-masing hadir beransur-ansur dan mendirikan khemah. Bermula dengan sesi taaruf, selepas solat jamak berjemaah, program diteruskan dengan barbeku beramai-ramai. Sikap gotong royong menyedia dan membakar lauk yang telah disediakan sangatlah dirasakan seperti berada dalam suasana masyarakat Malaysia di tanahair. Anak-anak pula bermain bersama-sama dan para ibu dan wanita beramah mesra sesama sendiri. Kaum bapa sibuk membakar lauk sambil merasa hasil barbeku.

Hari kedua dimulai dengan solat Subuh berjemaah dalam suasana sejuk & dingin. Selepas sesi sarapan & hemat diri, dengan cuaca yang baik, program diteruskan dengan program sukaneka dan program anak-anak. Sukaneka menjadi satu lagi medan berkenalan sesama keluarga & beramah mesra. Sifat kesukanan dan toleransi menjadi pemangkin untuk sama-sama memeriahkan program sukaneka, dari yang tua/veteran hingga ke muda. Program anak-anak juga diteruskan dan sifat bermain berkumpulan dan bekerjasama dapat diterap dan disaksikan. Sehinggakan ada anak-anak yang telah menjalin hubungan yang erat sesama sendiri. Pada petangnya, program diteruskan dengan acara bebas untuk keluarga masing-masing.

Program diteruskan pada hari terakhir dengan trekking bersama-sama sepanjang tasik Ullswater. Pemandangan yang indah ciptaan Allah dapat disaksikan dan peluang bergambar beramai-ramai diambil bagi merakam memori yang kekal berpanjangan. Selepas itu, trekking diteruskan dengan ke bandar kecil Pooley Bridge dan anak-anak mengambil peluang bermain di anak sungai. Hampir tengahari, masing-masing bersiap-siap untuk makan tengahari dan mengemas khemah. Selepas solat Zuhur, sesi penyampaian sijil penyertaan diberi kepada setiap wakil keluarga dan bersurai.

Walaupun program disertai oleh sejumlah kecil peserta, tetapi berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan rata-rata semua berasa gembira kerana turut serta menjayakan program tahunan ini. Kepada semua peserta, AJK dan ahli keluarga serta anak-anak, pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian memeriahkan program perkhemahan keluarga musim panas 2011 ini.

This slideshow requires JavaScript.

Categories: perkemas 2011

Park Foot Ullswater… directions…

Bagi memudahkan urusan peserta untuk ke tempat perkhemahan, sila gunakan panduan-panduan (perjalanan & qiblat) berikut:

Bagaimana ke Park Foot, Ullwater?

From M6 leave at junction 40 onto A66/Keswick Ullswater, then at roundabout take A592 to Ullswater. At the T-junction turn left for Pooley Bridge and then right at the church and right at crossroads onto the Howtown road. Park Foot is 1 mile from Pooley Bridge on the left.

Panduan qiblat: (screenshot dari http://www.qiblalocator.com)

Semoga bermanfaat…

Categories: perkemas 2011

Maklumat program PERKEMAS 2011

Dibawah disertakan beberapa maklumat penting untuk persiapan ke program PERKEMAS di Park Foot Ullswater. Antara yang akan dibincangkan adalah seperti dibawah:

Persiapan program:

  • Khemah & peralatan adalah disediakan oleh peserta sendiri
  • Makanan & peralatan disediakan oleh peserta (dan diminta setiap keluarga membawa daging/ayam yang diperap untuk BBQ bersama pada malam Sabtu)
  • Pakaian yang sesuai untuk trekking (kasut, poncho – jika hujan) & mencukupi untuk program

Kos penyertaan:

  1. PERKEMAS administrative fee: GBP5/keluarga
  2. Khemah (termasuk 1 kereta & 2 org dewasa): GBP23/mlm
  3. Extra dewasa: GBP7/mlm/seorang
  4. Kanak-kanak (4-15thn, <4 free): GBP2.50/mlm/seorang
  5. Extra khemah: GBP4.50/mlm

Contoh perkiraan (1 khemah, 2 dewasa, 2 kanak-kanak 4-15thn) dari 23-25 Julai

  • Kos semalaman = 23+(2.50*2) = GBP28/mlm
  • Kos keseluruhan = (28*2)+5  = (Kos semalaman x 2 malam) + PERKEMAS admin fee = GBP61/mlm

Bayaran (berdasarkan contoh) perlu dibuat ke akaun IKRAM Pusat sebelum 21 Julai 2011 dengan maklumat dibawah:

  • Account name: MSM Fees
  • Sort code: 40-31-17
  • Account no: 31458256
  • Reference: Fee PERKEMAS 2011 (Nama)

Aturcara program (tentatif)

Sabtu : 23/07/2011

11:00 – 13:00              i.   Ketibaan peserta & pendaftaran
ii.  Pembahagian kumpulan
iii. Pasang khemah

13:00 – 14:30              i.   Berkumpul untuk solat jama’ (zuhur & asar)
ii.  Ucapan selamat datang oleh Pengarah program
iii. Taklimat ringkas program

14:30 – 16:00              i.   Program PTT kanak-kanak
ii.  Sesi taa’ruf dewasa (asing lelaki & perempuan)
iii. Minum petang

16:00 – 17:30              Sukaneka berkumpulan

17:30 – 21:30              BBQ & makan malam bersama

21:30 – 22:30              Solat jama’ maghrib & isya’

22:30 – 00:00             Sembang kopi, urus diri & bersiap untuk tidur

Ahad : 24/07/2011

04:00 – 04:300            Solat subuh, tazkirah

04:30 – 07:00              Bebas

07:00 – 08:30              Sarapan, urus diri

08:30 – 11:00               Program PTT (kanak-kanak)

11:00 – 18:30               i.   Program keluarga – trekking bersama (Aira Force Waterfalls 1 mile trek/Pooley Bridge/Dumballard Hill)
ii.  Aktiviti bebas (bersiar-siar, Ullswater ‘steamers’, pony trekking, drive to Rheged)
iii. Solat jama’ (zuhur & asar)

18:30 – 19:30              Rehat

19:30 – 21:30              Urus diri & makan malam

21:30 – 22:30              Solat jama’ maghrib & isya’

22:30 – 00:00              Sembang2 santai-sekopi-tidur

Isnin : 25/07/2011

04:00 – 04:30              Solat subuh, tazkirah

04:30 – 07:00              Bebas

07:00 – 08:00              Sarapan, urus diri

08:00 – 09:00              Senamrobik  bersama keluarga

09:00 – 10:00              i.   Ucapan Penutup Program
ii.  Penyampaian hadiah & sijil
iii. Sesi bergambar

10:00 – 11:00              Berkemas & bersurai

Categories: perkemas 2011

PERKEMAS 2011: Lokasi & maklumat

Alhamdulillah, info terkini. Tempat telah berjaya di’confirm’kan di Park Foot Ullswater. Sebanyak 25 slot khemah telah di’book’ dari 23-25 Julai untuk program PERKEMAS 2011, di SB Paddock (Shop Bottom Paddock). Lokasi sebenar melalui Google maps di sertakan dibawah:

Antara kemudahan yang disediakan & didapati:

  • Tandas, sinki & drinking water taps (SB Paddock)
  • Shower room, laundry room (main area)
  • Mini market (main area)

Aktiviti yang boleh dilakukan yang sesuai untuk semua kategori umur peserta:

  • Two Children’s Adventure Playgrounds
  • Children’s Activity Club (Archery, Rounders, Quick cricket, Fun and games)
  • Pony Trekking
  • Mountain Bike Hire

Tempat2 menarik untuk dilawati:

  • Tasik Ullswater
  • Aira Force Waterfall
  • Ullswater ‘Steamers’
  • Rheged Centre

Antara gambar-gambar di Park Foot (diambil dari website Park Foot):

Untuk pendaftaran, sila isikan borang di sini: http://bit.ly/labQyg

.

Categories: perkemas 2011

PERKEMAS muncul lagi… untuk 2011… :-)

Assalamualaikum,

Jemputan kepada mereka yang berkeluarga untuk menyertai program PERKEMAS 2011. Apa itu PERKEMAS? Ianya program perkhemahan bagi pelajar Malaysia dan pasangan/keluarga masing-masing di United Kingdom. Mari sama-sama menyertai program yang julung kali diadakan bagi meraikan anak2 dan keluarga. Dan juga mengambil peluang untuk sama-sama mengenali ahli keluarga yang lain.

Untuk pendaftaran, sila layari link ini: http://bit.ly/labQyg

Kami menghargai kerjasama pihak tuan/puan untuk forward email ini kepada mailing list pelajar Malaysia yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang objektif program & keperluan peserta, sila layari page ini.

Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi: ikram_perkemas@yahoo.co.uk
Atau hubungi AJK dibawah:
Mizwan Shahimin – mmshahimin@gmail.com @ 07518376256
Zuraidi Ismail – adin_9@yahoo.com.au @ 07588719816

Mari sama-sama kita raikan…

Categories: perkemas 2011, promosi