Archive

Archive for July, 2009

Maklumat Terkini

Assalamualaikum wrt,

PERKEMAS09

PERKEMAS09

Tinggal lagi 4 hari lagi PERKEMAS09 akan berlangsung. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan kepada semua peserta dan kami pihak penganjur. Kami berusaha memberikan yang terbaik.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar , insyaAllah kita akan bertemu disana.

Kepada setiap peserta kami telah menghantar emel tentang keperluan dan maklumat tentang perkhemahan. Diharapkan setiap peserta bersedia dan mengatur perjalanan dengan baik supaya selamat diperjalanan dan semasa perkhemahan.

Disini kami sertakan salinan maklumat terkini yang telah diemelkan kepada setiap peserta,

Assalamualaikum wrm wbt,
Abang-abang, kakak-kakak dan saudara-saudari sekalian,
Bagi pihak penganjur Perkemas MSM 09, terima kasih diucapkan diatas kesudian anda
semua untuk bersama-sama menjayakan program ini kelak pada 31/7/2009 – 2/8/2009
bertempat di Celtic Camping, Pwll Caerog Farm, Berea,Nr St David’s,
Haverfordwest, Pembrokeshire, SA62 6DG.

.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta mengenai keperluan yang perlu
dibawa ke hari program adalah seperti berikut:

1) Khemah yg bersaiz sesuai bagi menampung semua ahli keluarga. (boleh
membawa lebih daripada satu khemah bagi menampung ali keluarga)- Pihak
penganjur tidak menyediakan khemah.
2) Sleeping bag beserta pengalas/matress yg mencukupi untuk setiap ahli keluarga.
(digalakkan juga membawa air-bed beserta electric pump)
3) Pakaian untuk 3 hari 2 malam. (digalakkan membawa jaket dan pakaian tebal
bagi menghadapi cuaca sejuk yang tidak diduga)
4) Kasut bagi aktiviti sea-side tracking. (digalakkan juga membawa sandal &
boot getah paras betis sekiranya hujan turun & rumput basah)
5) Torch-light / Lantern light beserta battery charger.
6) First aid kit keluarga. (minyak urut, minyak angin, vick, panadol, ubat
penyakit athma dsb..)
7) Sejadah (digalakkan juga membawa quran kecil )
8) Makanan/minuman tambahan mengikut selera masing (tiada halangan daripada
pihak penganjur untuk setiap keluarga yang berbuat demikian)
9) Peralatan memasak seperti gas stove dan pan set bagi mereka yang ingin merasai
pengalaman memasak.
Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak campsite:
1) Bunk house yang mengandungi:

Bunk House

Bunk House


i) Shower & toilet yang berasingan antara lelaki dan perempuan (antara 6~7
unit bagi lelaki & antara 6~7 unit bagi perempuan). Toilet bagi disabled juga
disediakan.
Picture 012
ii) Kemudahan dapur untuk pihak penganjur.
iii) Meja makan yang boleh menampung lebih kurang 100 orang dalam satu masa
iv) Ruang berasingan antara lelaki dan perempuan yang memuatkan khemah
tertutup beserta katil ala tentera sekiranya cuaca buruk berlaku (~50 lelaki &
~50 perempuan)
v) Sumber elektrik bagi kegunaan peserta (dalam bunk house)
2) Tapak perkhemahan yang luas dan khas kepada peserta Perkemas’09.
3) Kebenaran membuat unggun api secara terkawal


Sedikit gambaran utuk sampai ke tempat perkhemahan adalah seperti dibawah:

1. Sign board ke tempat perkhemahan ( ~ 100 meter)
Picture 0092. Jalan masuk ke Celtic Camping, Sign board ke tempat perkhemahan
( ~ 100 meter)

Antara gambar kawasan perkhemahan

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda semua untuk bersama sama kami menjayakan program ini kelak.
Pembayaran segera sebelum 25 Julai 2009 amat dialu-alukan menerusi akaun bank seperti yang di dalam salinan pendaftaran online sebelum ini.
Wassalammualaikum wrm wbt.
Mohd Luqman Mohd Jamil
Pengarah Perkemas MSM 09
Telefon: 07951729591 & 07590433880
Laman :https://perkemasikram.wordpress.com/
Pendaftaran online: http://msmsheffield.blogspot.com
Emel :msm_perkemas@yahoo.co.uk

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan
siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di
bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis
binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk
(kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”

Al-Baqarah : 164


Aturcara Program PERKEMAS’09


JUMAAT: 31 JULAI 2009


13:00 – 14:45 : Ketibaan peserta & pendaftaran
*Solat jama’ berjemaah di campsite

(*Makan tengahari tidak disediakan ketika ini-peserta bawa
sendiri)

15:00 – 16:45 : Pemasangan khemah
17:00 – 17:30 : Berkumpul: Ucapan Selamat Datang oleh Pihak penganjur
dan taklimat ringkas mengenai program
17:30 –18:30 : Sessi taa’ruf (suai-kenal) dan minum petang
18:30 –19:20 : Acara bebas
19:30 – 21:30: BBQ bersama
21:40 – 22:15: Solat Maghrib/Isya’
22:40 –23:15: Bebas / Tidur

SABTU: 1 OGOS 2009

04:00 – 04:30: Solat Subuh & tazkirah
04:30 – 07:30: Bebas
07:30 – 08:00: Sarapan
08:10 – 10:00: i) Seaside tracking (Perempuan)


ii) Program Tunas Taqwa- tractor in the farm / melukis dll.
10:00 – 12:00: i) Seaside tracking (Lelaki )
ii) Program Tunas Taqwa- tractor in the farm / melukis dll.


13:00 – 13:30: Rehat, Makan tengahari dan SolatSolat Maghrib/Isya’
14:00 –17:00: Pertandingan layang-layang bersama keluarga
17:00 – 18:30: Sekopi (lelaki & perempuan – berasingan)
19:30 – 21:30: BBQ & makan malam bersama
21:40 – 22:15: Solat Maghrib/Isya’ & tazkirah
22:30 –23:00: Bebas/ Tidur

AHAD: 2 OGOS 2009

04:00 – 04:30: Solat Subuh & Tazkirah
04:30 – 07:30: Bebas
07:30 – 08:00: Sarapan
08:10 – 09:15: Riadah
09:30 – 10:15: Penyampaian Hadiah & Ucapan penutup program
10:30 – 11:00: Bersiap untuk pulang / Bebas

Categories: perkemas09