Archive

Archive for August, 2009

Berakhirnya PERKEMAS’09

DSC_0844

بسم الله الرحمن الرحيم

bismillahir-Rahmanir-Rahim

Setinggi-tinggi kesyukuran kami kepada Allah   s.w.t diatas kelancaran  program Perkemas tahun ini.

Jutaan terima kasih juga kepada setiap peserta tidak kira samaada ibu bapa dan juga anak-anak kerana memberi kerjasama yang sangat baik dan berusaha juga datang walaupun rata-rata berkata ‘jauh’..;) Walaupun hari pertama telah mencabar kesabaran dan keselesaan namun kami sangat kagum kerana setiap peserta dapat mengharungi dengan baik dan sanggup tidur di bunk house dan jika dilihat seperti ‘ bangsa banjir/pelarian’. Namun semua itu pengalaman dan siapa sangka pengalaman sebegitu dirasai di UK. Namun pada hari kedua dan ketiga Allah tetapkan cuaca yang sangat indah untuk setiap peserta.

Kami dipihak penganjur sekali lagi mengharapkan ini bukanlah kali pertama dan kali terakhir kita bertemu dan berkenal-kenalan. Semoga kita dapat bertemu lagi pada PERKEMAS yang akan datang. Kami meyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada tersilap kata dan perbuatan dan semoga disepanjang pertemuan kita Allah ganjari dengan pahala.

Kepada peserta yang ada komen atau cadangan bolehlah emel kepada kami. Tidak lupa juga jika ada peserta yang mempunyai gambar disekitar program juga boleh emel kepada kami supaya dapat dimuatkan didalam ruangan galeri sebagai kenangan.

Kenangan bersama gambar daripada En. Adri Sheffield

DSC_0909

DSC_0917

PERKEMAS’09@PEMBROKESHIRE

Categories: perkemas09