Pengenalan

Objektif program

Pelaksanaan program PERKEMAS (Perkhemahan Keluarga Musim Panas) anjuran IKRAM UK & Eire  (IKRAM UKE) adalah bertujuan untuk menghimpunkan individu /keluarga/masyarakat Malaysia yang menyambung pengajian di peringkat pra & pasca-siswazah di United Kingdom & Eire dalam aktiviti riadah santai.

Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar hubungan ukhuwah dan silaturrahim dapat dieratkan disamping perkongsian ilmu (samada di dalam atau luar bidang akdemik) serta pengalaman hidup di United Kingdom & Eire dapat dikongsikan bersama di dalam program  ini kelak.

Di samping itu juga penekanan kepada pendidikan anak-anak soleh menerusi Program Tunas Taqwa (PTT) juga akan berjalan seiring sebagai salah satu modul di dalam aktiviti program ini.

Apa keperluan anda sebagai peserta?

1. Peserta hendaklah membawa peralatan yang sesuai seperti

1.1 Khemah

1.2 ‘Portable’ dapur dan ‘portable’ gas

1.3 Peralatan asas masakan (periuk kecil, kettle, pisau, pinggan, sudu/garfu, etc)

1.4 Selimut extra

1.5 Kamera atau video cam untuk abadikan kenangan anda sekeluarga

2. Peserta hendaklah membawa pakaian yang sesuai

2.1 Beberapa helai pakaian salinan yang sesuai  untuk sepanjang program (bawa baju sejuk utk mengelakkan kesejukan diwaktu malam)

2.2 Pakaian riadah yang sesuai

2.3 Kasut riadah yang sesuai (serta selipar)

2.4 Rain coat / poncho

3. Peserta dikehendaki membawa barang-barang first aid kits sendiri

3.1 Ubat batuk dewasa

3.2 Ubat batuk kanak-kanak

3.3 Minyak angin – Bam, minyak cap kapak dsbnya

3.4 Paracatemol dewasa

3.5 Paracatemol kanak-kanak

3.6 Plaster

3.7 Bandage

3.8 Minyak sapu – Minyak Gamat dsbnya.

3.9 Ubat Hay fever

4. Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri yang mana di rasakan perlu

4.1 Barang makanan (bahan-bahan mentah seperti beras, lauk dalam pack seperti Brahim’s, telur, etc)

4.2 BBQ set, arang dan starter

4.3 Barang-barang serta peralatan memasak sepanjang program (pisau/sudu/garfu/pinggan)


Leave a comment