Perkhemahan Musim Bunga 2012
Assalamualaikum,
Pihak penganjur (IKRAM UK & EIRE) pada tahun ini akan menggantikan Program Perkhemahan Musim Panas dengan Program Perkhemahan Musim Bunga, memandangkan bulan Ramadhan dijangka berlangsung pada musim panas.
Sukacita dimaklumkan yang program tahun ini akan diadakan di Peak District, UK pada cuti sekolah antara 1-15 April 2012. Konsep program masih lagi dikekalkan iaitu untuk semua individu Malaysia dan ahli keluarga masing-masing yang menetap, belajar di UK sama-sama berkumpul untuk mengadakan aktiviti yang menarik sempena musim cuti.
Maklumat lanjut akan diperincikan dalam masa terdekat, setelah semua perkara logistik diselesaikan dan dapat ditetapkan, inshaAllah.
Sila lawati semula laman web ini untuk maklumat lanjut.
Berakhirnya PERKEMAS 2011…
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, maka program PERKEMAS 2011 telah berjaya dijalankan seperti yang telah dirancang. Dengan izin Allah jua, cuaca yang pada mulanya disangka akan hujan, telah menjadi sungguh baik, panas, terang dan sesuai untuk perjalanan program. Seramai 16 keluarga telah hadir dan menjayakan program perkhemahan tersebut.
Program perkhemahan di Park Foot bermula pada Sabtu, dengan keluarga masing-masing hadir beransur-ansur dan mendirikan khemah. Bermula dengan sesi taaruf, selepas solat jamak berjemaah, program diteruskan dengan barbeku beramai-ramai. Sikap gotong royong menyedia dan membakar lauk yang telah disediakan sangatlah dirasakan seperti berada dalam suasana masyarakat Malaysia di tanahair. Anak-anak pula bermain bersama-sama dan para ibu dan wanita beramah mesra sesama sendiri. Kaum bapa sibuk membakar lauk sambil merasa hasil barbeku.
Hari kedua dimulai dengan solat Subuh berjemaah dalam suasana sejuk & dingin. Selepas sesi sarapan & hemat diri, dengan cuaca yang baik, program diteruskan dengan program sukaneka dan program anak-anak. Sukaneka menjadi satu lagi medan berkenalan sesama keluarga & beramah mesra. Sifat kesukanan dan toleransi menjadi pemangkin untuk sama-sama memeriahkan program sukaneka, dari yang tua/veteran hingga ke muda. Program anak-anak juga diteruskan dan sifat bermain berkumpulan dan bekerjasama dapat diterap dan disaksikan. Sehinggakan ada anak-anak yang telah menjalin hubungan yang erat sesama sendiri. Pada petangnya, program diteruskan dengan acara bebas untuk keluarga masing-masing.
Program diteruskan pada hari terakhir dengan trekking bersama-sama sepanjang tasik Ullswater. Pemandangan yang indah ciptaan Allah dapat disaksikan dan peluang bergambar beramai-ramai diambil bagi merakam memori yang kekal berpanjangan. Selepas itu, trekking diteruskan dengan ke bandar kecil Pooley Bridge dan anak-anak mengambil peluang bermain di anak sungai. Hampir tengahari, masing-masing bersiap-siap untuk makan tengahari dan mengemas khemah. Selepas solat Zuhur, sesi penyampaian sijil penyertaan diberi kepada setiap wakil keluarga dan bersurai.
Walaupun program disertai oleh sejumlah kecil peserta, tetapi berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan rata-rata semua berasa gembira kerana turut serta menjayakan program tahunan ini. Kepada semua peserta, AJK dan ahli keluarga serta anak-anak, pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian memeriahkan program perkhemahan keluarga musim panas 2011 ini.
This slideshow requires JavaScript.
Park Foot Ullswater… directions…
Bagi memudahkan urusan peserta untuk ke tempat perkhemahan, sila gunakan panduan-panduan (perjalanan & qiblat) berikut:
Bagaimana ke Park Foot, Ullwater?
From M6 leave at junction 40 onto A66/Keswick Ullswater, then at roundabout take A592 to Ullswater. At the T-junction turn left for Pooley Bridge and then right at the church and right at crossroads onto the Howtown road. Park Foot is 1 mile from Pooley Bridge on the left.
Panduan qiblat: (screenshot dari www.qiblalocator.com)
Semoga bermanfaat…
Maklumat program PERKEMAS 2011
Dibawah disertakan beberapa maklumat penting untuk persiapan ke program PERKEMAS di Park Foot Ullswater. Antara yang akan dibincangkan adalah seperti dibawah:
Persiapan program:
- Khemah & peralatan adalah disediakan oleh peserta sendiri
- Makanan & peralatan disediakan oleh peserta (dan diminta setiap keluarga membawa daging/ayam yang diperap untuk BBQ bersama pada malam Sabtu)
- Pakaian yang sesuai untuk trekking (kasut, poncho – jika hujan) & mencukupi untuk program
Kos penyertaan:
- PERKEMAS administrative fee: GBP5/keluarga
- Khemah (termasuk 1 kereta & 2 org dewasa): GBP23/mlm
- Extra dewasa: GBP7/mlm/seorang
- Kanak-kanak (4-15thn, <4 free): GBP2.50/mlm/seorang
- Extra khemah: GBP4.50/mlm
Contoh perkiraan (1 khemah, 2 dewasa, 2 kanak-kanak 4-15thn) dari 23-25 Julai
- Kos semalaman = 23+(2.50*2) = GBP28/mlm
- Kos keseluruhan = (28*2)+5 = (Kos semalaman x 2 malam) + PERKEMAS admin fee = GBP61/mlm
Bayaran (berdasarkan contoh) perlu dibuat ke akaun IKRAM Pusat sebelum 21 Julai 2011 dengan maklumat dibawah:
- Account name: MSM Fees
- Sort code: 40-31-17
- Account no: 31458256
- Reference: Fee PERKEMAS 2011 (Nama)
Aturcara program (tentatif)
Sabtu : 23/07/2011
11:00 – 13:00 i. Ketibaan peserta & pendaftaran
ii. Pembahagian kumpulan
iii. Pasang khemah
13:00 – 14:30 i. Berkumpul untuk solat jama’ (zuhur & asar)
ii. Ucapan selamat datang oleh Pengarah program
iii. Taklimat ringkas program
14:30 – 16:00 i. Program PTT kanak-kanak
ii. Sesi taa’ruf dewasa (asing lelaki & perempuan)
iii. Minum petang
16:00 – 17:30 Sukaneka berkumpulan
17:30 – 21:30 BBQ & makan malam bersama
21:30 – 22:30 Solat jama’ maghrib & isya’
22:30 – 00:00 Sembang kopi, urus diri & bersiap untuk tidur
Ahad : 24/07/2011
04:00 – 04:300 Solat subuh, tazkirah
04:30 – 07:00 Bebas
07:00 – 08:30 Sarapan, urus diri
08:30 – 11:00 Program PTT (kanak-kanak)
11:00 – 18:30 i. Program keluarga – trekking bersama (Aira Force Waterfalls 1 mile trek/Pooley Bridge/Dumballard Hill)
ii. Aktiviti bebas (bersiar-siar, Ullswater ‘steamers’, pony trekking, drive to Rheged)
iii. Solat jama’ (zuhur & asar)
18:30 – 19:30 Rehat
19:30 – 21:30 Urus diri & makan malam
21:30 – 22:30 Solat jama’ maghrib & isya’
22:30 – 00:00 Sembang2 santai-sekopi-tidur
Isnin : 25/07/2011
04:00 – 04:30 Solat subuh, tazkirah
04:30 – 07:00 Bebas
07:00 – 08:00 Sarapan, urus diri
08:00 – 09:00 Senamrobik bersama keluarga
09:00 – 10:00 i. Ucapan Penutup Program
ii. Penyampaian hadiah & sijil
iii. Sesi bergambar
10:00 – 11:00 Berkemas & bersurai
PERKEMAS 2011: Lokasi & maklumat
Alhamdulillah, info terkini. Tempat telah berjaya di’confirm’kan di Park Foot Ullswater. Sebanyak 25 slot khemah telah di’book’ dari 23-25 Julai untuk program PERKEMAS 2011, di SB Paddock (Shop Bottom Paddock). Lokasi sebenar melalui Google maps di sertakan dibawah:
Antara kemudahan yang disediakan & didapati:
- Tandas, sinki & drinking water taps (SB Paddock)
- Shower room, laundry room (main area)
- Mini market (main area)
Aktiviti yang boleh dilakukan yang sesuai untuk semua kategori umur peserta:
- Two Children’s Adventure Playgrounds
- Children’s Activity Club (Archery, Rounders, Quick cricket, Fun and games)
- Pony Trekking
- Mountain Bike Hire
Tempat2 menarik untuk dilawati:
- Tasik Ullswater
- Aira Force Waterfall
- Ullswater ‘Steamers’
- Rheged Centre
Antara gambar-gambar di Park Foot (diambil dari website Park Foot):






Untuk pendaftaran, sila isikan borang di sini: http://bit.ly/labQyg
.
PERKEMAS muncul lagi… untuk 2011… :-)
Assalamualaikum,
Jemputan kepada mereka yang berkeluarga untuk menyertai program PERKEMAS 2011. Apa itu PERKEMAS? Ianya program perkhemahan bagi pelajar Malaysia dan pasangan/keluarga masing-masing di United Kingdom. Mari sama-sama menyertai program yang julung kali diadakan bagi meraikan anak2 dan keluarga. Dan juga mengambil peluang untuk sama-sama mengenali ahli keluarga yang lain.
Untuk pendaftaran, sila layari link ini: http://bit.ly/labQyg
Kami menghargai kerjasama pihak tuan/puan untuk forward email ini kepada mailing list pelajar Malaysia yang lain.
Untuk maklumat lanjut tentang objektif program & keperluan peserta, sila layari page ini.
Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi: ikram_perkemas@yahoo.co.uk
Atau hubungi AJK dibawah:
Mizwan Shahimin – mmshahimin@gmail.com @ 07518376256
Zuraidi Ismail – adin_9@yahoo.com.au @ 07588719816
Mari sama-sama kita raikan…
Perkemas2010..:D

Alhamdulillah..Alh
amdulillah..Allahu Akbar
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua peserta PERKEMAS2010 kerana meluangkan masa bagi bersama-sama membina ukhuwwah dan beraktiviti bersama di Snowdonia. Pastinya saat-saat manis ketika bersukaneka, berbbq, tracking dan bermandi sungai tidak akan dilupakan terutamanya anak-anak kecil. Disamping menikmati keindahan alam yang dikelilingi gunung, deruan sungai yang mengalir dan hamparan hijau, kita juga dapat solat dan mendengar tazkirah bersama sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada Pencipta sekalian alam yang indah ini.
Kerjasama semua peserta sangat-sangat dihargai dan kami memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan kesilapan serta kekurangan disepanjang program berlangsung . Mudah-mudahan ukhuwwah yang terbina kan berkekalan dan insyaAllah bertemu lagi kita di program yang akan datang.
Jom Berkhemah Lagi..2010
Assalamualaikum wrt,
Begitu pantas masa berlalu, masih terasa kehangatan ukhuwwah sewaktu di Pembrokshire musim panas yang lepas dan kini musim panas menjelma lagi. InsyaAllah MSM akan meneruskan lagi Perkhemahan Musim Panas pada tahun ini masih di Wales tetapi beralih disebelah Utara Wales.
Tempat:
Bryn Gloch Caravan and Camping Park,
Betws Garmon, Caernarfon, Gwynedd, LL54 7YY.
Tarikh:
31 Julai 2010 hingga 2 Ogos 2010.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana yang tenang dikaki gunung Snowdonia bersama keluarga dan sahabat. Mengukir kenangan yang manis berukhuwwah bersama.. Luangkan masa dan peluang yang ada untuk melawati tempat-tempat menarik disekitarnya.
Daftar segera…Daftar segera…Daftar segera….Daftar segera…Daftar segera…
Tempat-tempat menarik..
Llanberis Lake Railway
Caernafon castle
dan banyak lagi..
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”
Al-Baqarah : 164
Berakhirnya PERKEMAS’09

بسم الله الرحمن الرحيم
bismillahir-Rahmanir-Rahim
Setinggi-tinggi kesyukuran kami kepada Allah s.w.t diatas kelancaran program Perkemas tahun ini.
Jutaan terima kasih juga kepada setiap peserta tidak kira samaada ibu bapa dan juga anak-anak kerana memberi kerjasama yang sangat baik dan berusaha juga datang walaupun rata-rata berkata ‘jauh’..;) Walaupun hari pertama telah mencabar kesabaran dan keselesaan namun kami sangat kagum kerana setiap peserta dapat mengharungi dengan baik dan sanggup tidur di bunk house dan jika dilihat seperti ‘ bangsa banjir/pelarian’. Namun semua itu pengalaman dan siapa sangka pengalaman sebegitu dirasai di UK. Namun pada hari kedua dan ketiga Allah tetapkan cuaca yang sangat indah untuk setiap peserta.
Kami dipihak penganjur sekali lagi mengharapkan ini bukanlah kali pertama dan kali terakhir kita bertemu dan berkenal-kenalan. Semoga kita dapat bertemu lagi pada PERKEMAS yang akan datang. Kami meyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada tersilap kata dan perbuatan dan semoga disepanjang pertemuan kita Allah ganjari dengan pahala.
Kepada peserta yang ada komen atau cadangan bolehlah emel kepada kami. Tidak lupa juga jika ada peserta yang mempunyai gambar disekitar program juga boleh emel kepada kami supaya dapat dimuatkan didalam ruangan galeri sebagai kenangan.
Kenangan bersama gambar daripada En. Adri Sheffield


PERKEMAS’09@PEMBROKESHIRE
Maklumat Terkini
Assalamualaikum wrt,

PERKEMAS09
Tinggal lagi 4 hari lagi PERKEMAS09 akan berlangsung. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan kepada semua peserta dan kami pihak penganjur. Kami berusaha memberikan yang terbaik.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar , insyaAllah kita akan bertemu disana.
Kepada setiap peserta kami telah menghantar emel tentang keperluan dan maklumat tentang perkhemahan. Diharapkan setiap peserta bersedia dan mengatur perjalanan dengan baik supaya selamat diperjalanan dan semasa perkhemahan.
Disini kami sertakan salinan maklumat terkini yang telah diemelkan kepada setiap peserta,
Assalamualaikum wrm wbt,
Abang-abang, kakak-kakak dan saudara-saudari sekalian,
Bagi pihak penganjur Perkemas MSM 09, terima kasih diucapkan diatas kesudian anda
semua untuk bersama-sama menjayakan program ini kelak pada 31/7/2009 – 2/8/2009
bertempat di Celtic Camping, Pwll Caerog Farm, Berea,Nr St David’s,
Haverfordwest, Pembrokeshire, SA62 6DG.
.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta mengenai keperluan yang perlu
dibawa ke hari program adalah seperti berikut:
1) Khemah yg bersaiz sesuai bagi menampung semua ahli keluarga. (boleh
membawa lebih daripada satu khemah bagi menampung ali keluarga)- Pihak
penganjur tidak menyediakan khemah.
2) Sleeping bag beserta pengalas/matress yg mencukupi untuk setiap ahli keluarga.
(digalakkan juga membawa air-bed beserta electric pump)
3) Pakaian untuk 3 hari 2 malam. (digalakkan membawa jaket dan pakaian tebal
bagi menghadapi cuaca sejuk yang tidak diduga)
4) Kasut bagi aktiviti sea-side tracking. (digalakkan juga membawa sandal &
boot getah paras betis sekiranya hujan turun & rumput basah)
5) Torch-light / Lantern light beserta battery charger.
6) First aid kit keluarga. (minyak urut, minyak angin, vick, panadol, ubat
penyakit athma dsb..)
7) Sejadah (digalakkan juga membawa quran kecil )
8) Makanan/minuman tambahan mengikut selera masing (tiada halangan daripada
pihak penganjur untuk setiap keluarga yang berbuat demikian)
9) Peralatan memasak seperti gas stove dan pan set bagi mereka yang ingin merasai
pengalaman memasak.
Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak campsite:
1) Bunk house yang mengandungi:Bunk House
i) Shower & toilet yang berasingan antara lelaki dan perempuan (antara 6~7
unit bagi lelaki & antara 6~7 unit bagi perempuan). Toilet bagi disabled juga
disediakan.
ii) Kemudahan dapur untuk pihak penganjur.
iii) Meja makan yang boleh menampung lebih kurang 100 orang dalam satu masa
iv) Ruang berasingan antara lelaki dan perempuan yang memuatkan khemah
tertutup beserta katil ala tentera sekiranya cuaca buruk berlaku (~50 lelaki &
~50 perempuan)
v) Sumber elektrik bagi kegunaan peserta (dalam bunk house)
2) Tapak perkhemahan yang luas dan khas kepada peserta Perkemas’09.
3) Kebenaran membuat unggun api secara terkawal
Sedikit gambaran utuk sampai ke tempat perkhemahan adalah seperti dibawah:
1. Sign board ke tempat perkhemahan ( ~ 100 meter)
2. Jalan masuk ke Celtic Camping, Sign board ke tempat perkhemahan
( ~ 100 meter)Antara gambar kawasan perkhemahan
- PERKEMAS09
- Bunk House
Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda semua untuk bersama sama kami menjayakan program ini kelak.
Pembayaran segera sebelum 25 Julai 2009 amat dialu-alukan menerusi akaun bank seperti yang di dalam salinan pendaftaran online sebelum ini.
Wassalammualaikum wrm wbt.
Mohd Luqman Mohd Jamil
Pengarah Perkemas MSM 09
Telefon: 07951729591 & 07590433880
Laman :http://perkemasikram.wordpress.com/
Pendaftaran online: http://msmsheffield.blogspot.com
Emel :msm_perkemas@yahoo.co.uk“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan
siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di
bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis
binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk
(kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”
Al-Baqarah : 164
Aturcara Program PERKEMAS’09
JUMAAT: 31 JULAI 2009
13:00 – 14:45 : Ketibaan peserta & pendaftaran
*Solat jama’ berjemaah di campsite(*Makan tengahari tidak disediakan ketika ini-peserta bawa
sendiri)15:00 – 16:45 : Pemasangan khemah
17:00 – 17:30 : Berkumpul: Ucapan Selamat Datang oleh Pihak penganjur
dan taklimat ringkas mengenai program
17:30 –18:30 : Sessi taa’ruf (suai-kenal) dan minum petang
18:30 –19:20 : Acara bebas
19:30 – 21:30: BBQ bersama
21:40 – 22:15: Solat Maghrib/Isya’
22:40 –23:15: Bebas / TidurSABTU: 1 OGOS 2009
04:00 – 04:30: Solat Subuh & tazkirah
04:30 – 07:30: Bebas
07:30 – 08:00: Sarapan
08:10 – 10:00: i) Seaside tracking (Perempuan)
ii) Program Tunas Taqwa- tractor in the farm / melukis dll.
10:00 – 12:00: i) Seaside tracking (Lelaki )
ii) Program Tunas Taqwa- tractor in the farm / melukis dll.
13:00 – 13:30: Rehat, Makan tengahari dan SolatSolat Maghrib/Isya’
14:00 –17:00: Pertandingan layang-layang bersama keluarga
17:00 – 18:30: Sekopi (lelaki & perempuan – berasingan)
19:30 – 21:30: BBQ & makan malam bersama
21:40 – 22:15: Solat Maghrib/Isya’ & tazkirah
22:30 –23:00: Bebas/ TidurAHAD: 2 OGOS 2009
04:00 – 04:30: Solat Subuh & Tazkirah
04:30 – 07:30: Bebas
07:30 – 08:00: Sarapan
08:10 – 09:15: Riadah
09:30 – 10:15: Penyampaian Hadiah & Ucapan penutup program
10:30 – 11:00: Bersiap untuk pulang / Bebas













2. Jalan masuk ke Celtic Camping, Sign board ke tempat perkhemahan













Recent Comments