Pengenalan
Objektif program
Pelaksanaan program PMB (Perkhemahan Musim Bunga) anjuran IKRAM UK & Eire (IKRAM UKE) pada tahun 2012 menggantikan program PERKEMAS (Perkhemahan Musim Panas). Ianya bertujuan untuk menghimpunkan individu /keluarga/masyarakat Malaysia yang menyambung pengajian di peringkat pra & pasca-siswazah di United Kingdom & Eire dalam aktiviti riadah santai.
Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar hubungan ukhuwah dan silaturrahim dapat dieratkan disamping perkongsian ilmu (samada di dalam atau luar bidang akdemik) serta pengalaman hidup di United Kingdom & Eire dapat dikongsikan bersama di dalam program ini kelak.
Di samping itu juga penekanan kepada pendidikan anak-anak soleh menerusi Program Tunas Taqwa (PTT) juga akan berjalan seiring sebagai salah satu modul di dalam aktiviti program ini.
Apa keperluan anda sebagai peserta?
1. Peserta hendaklah membawa peralatan yang sesuai seperti
1.1 Selimut extra
1.2 Kamera atau video cam untuk abadikan kenangan anda sekeluarga
2. Peserta hendaklah membawa pakaian yang sesuai
2.1 Pakaian salinan yang sesuai (bawa baju sejuk utk mengelakkan kesejukkan diwaktu malam)
2.2 Pakaian riadah yang sesuai
2.3 Kasut riadah yang sesuai (serta selipar)
2.4 Rain coat / poncho
3. Peserta dikehendaki membawa barang-barang first aid kits sendiri
3.1 Ubat batuk dewasa
3.2 Ubat batuk kanak-kanak
3.3 Minyak angin – Bam, minyak cap kapak dsbnya
3.4 Paracatemol dewasa
3.5 Paracatemol kanak-kanak
3.6 Plaster
3.7 Bandage
3.8 Minyak sapu – Minyak Gamat dsbnya.
3.9 Ubat Hay fever
4. Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri yang mana di rasakan perlu
4.1 Periuk memasak nasi
4.2 BBQ set, arang dan starter
4.3 Barang-barang serta peralatan memasak sepanjang program (pisau/sudu/garfu/pinggan)


Recent Comments